Pages

Friday, March 25, 2011

30 perkara tentang wanita

1- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..


2- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu bagi waktu dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..


3- Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia paling sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu terputus di tengah jalan ) ..


4- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain..


5- Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!!...


6- Wanita memang suka pujian, tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian..


7- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa sahaja..


8- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur secara perlahan-lahan..


9- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka..


10- Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna..


11- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..


12- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakanya akan tahu berita tersebut..


13- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita,jadi jangan senyum sebarangan..


14- Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenali mu dengan lebih mendalam..


15- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu..


16- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi mu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya..


17- Jangan sekali mengagak apa yang dirasakan nya.Tanya diri sendiri!!...


18- Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak berjumpa dengan lelaki ini awal-awal...


19- Kalau kamu masih tercari-cari yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin rajinkan tangan menyelak buku buku cinta...


20- Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda partama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah diri nya sendiri..


21- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintai nya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!..


22- Satu ucapan 'HI' sahaja sudah cukup menceriakan harinya...


23- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui..


24- Wanita paling benci lelaki yang berbaik baik dengan mereka semata mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik...


25- Cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi..


26- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...


27- Senjata wanita adalah airmata!!..


28- Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi nya mengadakan surprise buatnya ( hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) Mereka akan terasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati,dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu..


29- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya,So,kalau nak pikat wanita pandai-pandailah..


30- Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

kata kata cinta

* Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakanya wlaupun dia tiada disisi kita...
* Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memengang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat,tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati pada kita?? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....
*Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba,jangan sesekali menyerah jika kamu masih berasa sanggup,jangan sesekali mengatakan kamu tidak lagi mencintainya lagi,jika kamu masih tidak dapat melupakannya...
*Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,walaupun mereka telah dikecewakan..Kepada mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikianati.Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan  keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...
*Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucaplah kata kata cinta yang tersimpan dibenarmu itu sekarang selagi ada hayatnya...
* Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterimakasih keatas kurnian tersebut...
* Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat...
* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kepadanya...
* Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,ibaratkanlah seperti menyunting sekumtum mawar merah.Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut,tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari..
* Cinta kepada harta artinya bakhil,cinta kepada perempuan artinya alam,cinta kepada diri artinya bijaksana,cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya taqwa...
* Lemparkan seseorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut,pasti ia akan membawa sekor ikan.Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,pasti ia akan mati kelaparan...
* Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing...
* Sesiapa pun pandai menghayati cinta,tapi tak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata,sebaliknya hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan...

Thursday, March 24, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbijng manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain,umat Nabi Muhammad telah diperintah untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diteranagkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan....


  SUBUH :
* Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adan a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
      RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
      RAKAAT KEDUA : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

  ZOHOR :
 * Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
     RAKAAT PERTAMA : Tanda bersyukur bagi penebusan
     RAKAAT KEDUA :  Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
     RAKAAT KETIGA : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
     RAKAAT KEEMPAT : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas 

  ASAR : 
 * Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus ditepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana banginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu.
    RAKAAT PERTAMA : Kelam dengan kesalahan
    RAKAAT KEDUA : Kelam dengan air laut
    RAKAAT KETIGA : Kelam dengan malam
    RAKAAT KEEMPAT : Kelam dengan perut ikan Nun

  MAGHRIB :
 * Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s
iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu
    RAKAAT PERTAMA : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
    RAKAAT KEDUA : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
    RAKAAT KETIGA : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,tiada dua atau tiganya

  ISYAK : 
 * Manusia pertama yang mengerjakan Isyak ialah Nabi Musa a.s
Pada ketika itu,Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda kesyukur.
   RAKAAT PERTAMA : Tanda dukacita terhadap isterinya
   RAKAAT KEDUA : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
   RAKAAT KETIGA : Tanda dukacita terhadap Firaun
   RAKAAT KEEMPAT : Tanda dukacita terhadap anak Firaun






kata kata buat wanita solehah

 Wahai gadis solehah...
Dari jauh ku lihat gerak geri mu...
Tunduk memandang bumi....
Wajah yang penuh nur...
Yang sentiasa mengingati mati...
Yang mencintai Allah dan Rasul...
Yang takut azab Allah...
Kau ibarat permata berharga...
Digilap,dibalut, dan disimpan rapi...

Wahai gadis solehah....
Jauh dari sudut hatiku...
Aku bangga dengan imanmu...
Taqwamu,akhlakmu,amalanmu...
Jua perjuanganmu menegakkan...
Kesucian syiarat yang telah ditetapkan Allah...

Wahai gadis solehah...
Ku pertahankan hijabmu...
Walaupun dunia memandang hina...
Tetapi Allah melihatmu dengan penuh bangga....
Akhlakmu kau pelihara...
Maruahmu rapi dijaga...
Tutur katamu melambangkan sifat keibuanmu yang sejati...
Apabila bertemu muhrinmu...
Kau tunduk memandang bumi...

Mengingatkanku

Amirul Mukminin Di Zaman Rasulullah S.A.W



'' Sabda Rasulullah S.A.W :
'' Sesungguhnya Allah tidak,melihat bentuk tubuh kamu dan juga rupa paras kamu, tapi dia melihat dari hati kamu '' ( Daripada Abu Hurairah ra ) ''





wanita





....Aku wanita yang punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
apabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Aku wanita....
Yang hanya perlu kau fahami




My picture

Sunday, March 13, 2011

Wanita ciptaan Tuhan

,,,,,,,,,,,,,,,,Ketika Aku menciptakan langit dan bumi. Aku berfirman dan jadilah.......
Ketika Aku menciptakan lelaki,Aku menbentuknya dan meniupkan nafas kehidupan ke lubang hidungnya....
Tetapi engkau,Wanita, Aku menhiasmu setelah aku meniupkan nafas kehidupan ke lelaki kerana lubang hidung mu terlalu lembut...
Aku menbiarkan lelaki tertidur dengan nyenyak sehingga Aku dapat sabar dan sempurna membentuk engkau.
Aku membuatkan lelaki tertidur supaya dia tidak dapat mencampuri.....


Dari satu tulang,Aku menhiasmu Aku memilih tulang yang melindungi kehidupan lelaki..Aku memilih tulang rusuk,yang melindungi jantung dan paru-paru dan mendukung nya,,sebagaimana begitui juga harus kamu lakukan,Dari satu tulang ini,Aku menbentuk mu dengan sempurna dan cantik........


Sifatmu seperti tulang rusuk, kuat tetapi lemah dan mudah patah. Engkau menyediakan perlindungan untuk organ paling lembut  dari lelaki,hati dan jantungnya.Jantungnya adalah pusat dari kehidupanya,,paru-parunya mengenggam nafas kehidupan.


Tulang rusuk akan menbiarkan dirinya patah sebelum ia meijinkan kerusakan terjadi pada jantung.Dukunglah lelaki, sebagaimana tulung rusuk melindungi tubuhnya..
Engkau tidak diambil dari kakinya untuk menjadi alasnya,tidak juga diambil dari kepalanya untuk menjadi atasannya...


Engkau diambil dari sisinya,untuk berdiri di sebelahnya dan dipeluk dengan erat.
Engkau adalah malaikat-Ku yang sempurna.
Engkau adalah gadis kecilku yang cantiK.
Engkau telah tumbuh menjadi wanita yang sempurna,dan mata-Ku terpuaskan ketika aku melihat hatimu..


Matamu - jangan mengubahnya,Bibir mu sangat cantik ketika mengucap doa.
Hidungmu sangat sempurna dengan bentuk.
Tanganmu sangat lembut untuk disentuh.
Aku telah memberi perhatian pada wajah mu saat engkau tertidur.
Aku mengenggam hatimu dekat dengan Ku
Dari semua hidup dan bernafas,engkau adalah yang paling mirip dengan Aku.


Lelaki berjalan bersamaku di hari yang dingin dan dia kesepian.Dia tidak dapat melihat  ataupun menyentuh-Ku. Dia hanya dapat merasakan - Ku.
Jadi semua yang Aku ingin lelaki berbagi denganku,Aku menbentuknya di dalam kamu.


Kekuatan-Ku, kemurnian-Ku, cinta -Ku, perlindungan -Ku dan dukungan -Ku.
Engkau adalah istimewa kerana engkau adalah perpanjangan tangan-Ku.


Jadi,
Lelaki, perlakukan wanita dengan baik,Cintailah dia, hormatilah dia, kerana ia lembut.
Menyakitinya, berarti engkau menyakiti - Ku
Apa yang engkau lakukan kepadanya,engkau melakukan-nya kepada-Ku
Jika engkau menghancurkannya,engkau hanya menghancurkan hatimu sendiri, hati Bapa-mu....yang juga  hati  Bapa.nya.


Wanita,dukunglah lelaki.Dalam kesederhanaan,tunjukan kepadanya kekuatan perasaan yang telah Kuberikan kepada mu.
Dalam kesunyian,tunjukkan kekuatan mu.
Dalam cinta, tunjukkan kepadanya bahawa engkau adalah tulang rusuknya yang melindungi tubuhnya....



KAMU MENJADI SEBUTIR MUTIARA.BERADA DI DASAR LAUTAN.TERSIMPAN RAPI DILINDUNGI KULIT.BUKAN SENANG UNTUK MELIHAT.APATAH LAGI MENDAPATKANNYA.HANYA ORANG YANG BERTUAH,BERUSAHA MENYELAMI DASAR LAUTAN DAPAT MEMPEROLEHINYA.HARGANYA MAHAL SEKALI.DAN IA AKAN TERSIMPAN UNTUK SELAMANYA...






Wednesday, March 9, 2011

wanita yang indah

'' Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya......"




Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki,tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari??
Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu.....namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang terpaling indah,seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budu perkertimu.lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu,halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat  menandingi halusnya tuturmu...

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada  bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.............




'' KEJELITAAN WANITA UMPAMA SEBILAH MATA YANG MAMPU MEMENGGAL LEHER SEORANG LELAKI''






kenapa perempuan mudah menangis

di bawah ini hanya lah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu,kenapa teman wanita mereka terlalu mudah mengeluarkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan............



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, ''Ibu,mengapa ibu menangis?
ibunya menjawab, ''Sebab ibu adalah perempuan, nak''
''Saya tak mengerti ibu, '' kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. ''Nak,kau memang tak mengerti,''

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. ''Ayah,kenapa ibu menangis?''
'' Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas, '' sang ayah menjawab.
''Semua perempuan sering menangis tanpa alasan.''

Si anak membesar menjadi remaja,dan dia tetap terus bertanya-tanya,mengapa perempuan menangis? Hingga suatu malam, dia bermimpi bertanya Tuhan, '' Ya Allah,mengapa perempuan mudah menangis?'' Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapanya :

''Saat Ku ciptakan wanita,Aku membuat nya sangat utama.''
Kuciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

''Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

''Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa.

''Kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit tanpa, walau pun penat,tanpa berkeluh kesah.

''Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih syang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya,perasaan ini pula yang akan memberi kehangatan pada anak anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan menberikan  kenyamaan saat didakap dengan lembut olehnya..

''Kuberikan wanita kekuataan untuk menbimbing suaminya melalui masa masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak...????

''Kuberikan kepadanya kebijaksanan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.Walau seringkali pula kebijaksanan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi..

''Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata,agar dapat mencurahkan perasaanya.Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila bila masa pun dai inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita,kerana sebenarnya air mata ini adalah, '' air mata kehidupan ''



Wednesday, March 2, 2011

Surat amaran and pengalaman



1.3.2011...aku dapat surat amaran sb aku masuk lewat bulan ferbuari 64 minit,...aku keje restoren bkn nye kilang...
setahun lebih dh aku keje,arini first time aku dapat surat amaran,aku lasung x kisah pasal surat amaran,aku rasa makin nak masuk lewat sokmo adalah..lalalalalalaaaaa.....sekarang dh makin tension keje c2,byk sgt undang2,bez keje mase kedai mula2 buke,enjoy je.
walau keje aku banyak tp aku suke,dulu aku keje memang giler lah,sari2 mase aku abis kat tempat keje je,pukul 10pgi aku dah g keje,balik tak balik pukul12 lebih tgh mlm,tutup kedai.Staff2 yang dulu2 semua dah berhenti sebab tekanan yang banyak sangat tp aku leh b'tahan ag lah setakat nie.kadang2 malas nk g keje xtau lah bakpe,dulu bos yang banyak bagi tekanan kat aku n staff2 lain tapi sekarang bos dah okey dah,tapi yang buat kite org jadi tekanan mental dan perasaan,supervisor...cikit2 nk marah,ada je benda yang tak kena kalau kite orang buat,, tension3!!!,,,,,.aku suke buat keje sorang2 daripada buat keje ramai2,aku jenis serabut kalau ramai2,kadang2 aku nie cepat marah.time aku buat keje kalau ada yang banyak tanye,aku marah je x kira dah sape2...Kak ma cakap kat aku yang bos gtau die aku nie garang,bekeng and bos takut nak tegur aku,,,hahahahaha...ada ke bos takut dengan staff,pelik2...tahun lepas aku nak b'henti dah siap nak bagi ag surat b'henti keje ag,tapi bos pujuk aku jgn b'henti ag..die cerita mase kedai baru2 buke dulu gane tapi time 2 memang susah sungguh.mase aku masuk keje kat sate ory 2 yang ad menu sup kambing dengan sate je lepas 2 bos suruh aku belajar buat nasi lemak kukus dengan kak gie last2 b'hasil jugak,lalalalalalaaa.....lepas2 pada 2,aku buat kuah kacang sendiri dengan menu aku sendiri.sampai lah sekarang menu aku di guna kat sate ory...mee canglung,mee sup ayam,dip sauce steamboat,kuah kacang,sambal nasi lemak,rempah sate...itu semua menu aku sendiri,
Tapi sekarang dah banyak dah aku dapat belajar,tambah ilmu...aku jenis suke belajar yang aku tak tahu,tapi kan aku lebih b'minat buat kek dari masak2 nie.buat mase sekarang aku xde peluang ag nak belajar buat kek..ermmm,kek pisang,kek cokelat kukus,kek pelangi aku boleh buat,yang aku nak belajar sangat2 kek yang kat kedai kek 2,menarik je aku tengok yang aku tak pandai nya esen die 2,banyak kali dh aku try buat tapi tak jadi2 jgk,tak tahu nak buat camne,
Raye tahun lepas 2010 ingat ag mase 2 aku nak try buat kek batik sarawak,macam mane pun aku nak buat jgk,malam 2 dlm kul8 mlm aku duk dapur sorg2 buat kek 2,nak ke siap kek 2 b'jam2.kul8 sapa kul 1 pgi aku duk dapur buat kek 2..Last2 kek batik 2 xjadi,hihihihi...kek 2 tak masak kat dalam tp tak masak pun abis jgk kek 2 orang2 makan,aku tak kisah pun kek 2 xjadi, janji aku try buat n aku puas ati sb benda yg aku nak buat t'capai...........tapi aku tetap nk belajar buat esen kek,cume xdok mase je ag..kadang2 ape yang aku masak aku tak makan mane pun orang lain yang tolong makan,,lalalalaaa,,,,,time aku bosan aku buat kek,tp aku x makan,,hihihihi,,,aku suke tgk orang makan benda yang aku masak,kadang2 rase mcm tak caye je orang mkn masakan aku.....;-)))








                                                                                    

Nuffnang