Pages

Friday, March 25, 2011

30 perkara tentang wanita

1- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..


2- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu bagi waktu dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..


3- Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia paling sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu terputus di tengah jalan ) ..


4- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain..


5- Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!!...


6- Wanita memang suka pujian, tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian..


7- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa sahaja..


8- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur secara perlahan-lahan..


9- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka..


10- Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna..


11- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..


12- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakanya akan tahu berita tersebut..


13- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita,jadi jangan senyum sebarangan..


14- Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenali mu dengan lebih mendalam..


15- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu..


16- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi mu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya..


17- Jangan sekali mengagak apa yang dirasakan nya.Tanya diri sendiri!!...


18- Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak berjumpa dengan lelaki ini awal-awal...


19- Kalau kamu masih tercari-cari yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin rajinkan tangan menyelak buku buku cinta...


20- Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda partama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah diri nya sendiri..


21- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintai nya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!..


22- Satu ucapan 'HI' sahaja sudah cukup menceriakan harinya...


23- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui..


24- Wanita paling benci lelaki yang berbaik baik dengan mereka semata mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik...


25- Cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi..


26- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...


27- Senjata wanita adalah airmata!!..


28- Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi nya mengadakan surprise buatnya ( hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) Mereka akan terasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati,dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu..


29- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya,So,kalau nak pikat wanita pandai-pandailah..


30- Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang