Pages

Saturday, February 26, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah s.w.t,bermaksud  ''jika kamu menolong ( agama ) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meguhkan kedudukanmu'' ( SURAH MUHAMMAD,AYAT 7 ).
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa.Tetapi bagaimanakah kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita ?????
Allah SWT  mengurniakan manusia telinga untuk mendengar ,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.Jadi gunakan sebaik-baiknya bagu mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi,spiritul dan fizikal antara keduanya.Apabila bersama,masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.Lalu gerak hati mengatakan,dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan.......


* 10 PETANDA YANG MENUNJUKKAN DIA ADALAH JODOH KITA
1- BERSAHAJA
* Kekasih kita itu besikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian,cara penampilan,cara ketawa serta cara makan dan minum.Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,sah dia sedang berlakon kadang-kadang,kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak buat-buat,maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.Jika tidak,dia mungkin bukan jodoh kita..


2- SENANG BERSAMA
* Walaupun kita selalu bersama,tidak ada sedikit pun perasaan bosan,jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya.Kita sentiasa tenang ,gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya.Rasa senang sekali apabila bersama.Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin bertemu dengannya.Tidak kira siang ataupun malam,ketiadaannya terasa sedikit kehilangannya....


3- TERIMA KITA SEADANYA
* Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan,dia tidak ambil peduli.Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.Yang penting,siapa kita sekarang.Biarpun dia tahu yang kita pernah menpunyai kekasih sebelum nya,dia tidak ambil hati langsung.Yang dia tahu,kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4- SENTIASA JUJUR
* Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama,sikap jujur yandipamerkan menarik hati kita.Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan,kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila tidak jujur sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita,apabila dia jujur semakin hangat lagi perhubungan cinta kita.Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan menbuahkan percintaan yang sejati.Jadilah,dia sebaik-baik pilihan.


5- PERCAYA MENPERCAYAI
* Setiap orang menpunyai rahsia tersendiri.Adakalanya,rahsia ini perlu berkongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita menpunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih.adakah rahsia kita selamat ditangan nya???? Bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percayai mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati naluri mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia - rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.Satu  lagi,kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah indivudu yang menperoleh kedua-duanya.


6- SENANG BERKERJASAMA
* Bagi kita yang inginkan perhubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang,kita dan dia perlu saling berkerjasama melalui hidup ini.Kita dan kekasih perlu menberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remah ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi menbantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.Perkara paling penting,kita dan dia dapat melalui semua ini dan melakukanya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan  semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya semua.Ia penting kerana ia menpengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama,sukar bagi kita hidup bersamanya.Ia  kerana kita memikul beban tanggungjawab 100%.Bukan ini menyusahkan??


7- MEMAHAMI DIRI KITA
* Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasanganya.Semasa kita sakit dia bawa ke klinik,semasa kita berduka,dia menjadi penghibur.Apabila kita mengalami kesusahan,dia menjadi pembantu.Dikala kita sedang berleter,dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi,tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka,dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga besedia mengalami pasang surut dalam percintaan.Kata orang '' lidah sendiri lagikan tergigit'' ini kan pula suami isteri,.Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama melalui hidup ini di kala suka dan duka,di saat senang dan susah,dialah calon yang s'suai menjadi pasangan hidup kita.


8- TAMPILKAN KELEMAHAN
* Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.Tipulah jika ada orang yang memgaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.Malah,dia tidak segan menpamerkan keburukanya kepada kita.Misalnya,apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari,dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing,memang ditakdir \kan kita hidup bersamanya.


9- KATA HATI
* Dengarlah kata hati.Kadangkala,manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.Kita dan dia juga dapat menbaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi,adakah dia ditakdirkan untuk kita???  Dengarlah ktata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segala pada ketentuan yang maha berkuasa.


10- SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL
* Jodoh dan pertemuan semuanya ditangan Allah SWT.Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Maha Yang Esa..Adakalanya ,dalam memainkan peranan sebagai mimpi memang mainan tidur,tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon dengan izinNya kita mendapat petunjukNya ,jika dia pilihan kita,buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak,tolaklah dia dengan baik.Semua yang kita lakukan ini adalah  bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.Setelah semuanya diusaha kan,berserah kepadaNya dan terus berdoa.Ingatlah,nikmat didunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya...




'' ARTIKEL.ILUVISLAM.COM''                                                                                                           
                                                                                         

No comments:

Post a Comment

Nuffnang