Pages

Friday, February 25, 2011

SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK???????????

..Kalau perempuan tak boleh masak,dikutuk dan di suruh belajar.Kalau lelaki tak boleh jadi iman kita okay saja..


Jangan d'perbesarkan nanti mereka terasa hati..

''Apalah perempuan,tak pandai masak siapa nk kahwin dgn awak!!'' Begitu lah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara,juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal si asrama,peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur menbantu ibunya.

''Habis sekarang tidak belajar?'' Tanya sang lelaki dgn penuh semangat

''Sedang belajar lah nie tetapi selain sibuk dgn kerjaya saya juga sibuk belajar agama,jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!!'' Begitu jawab si gadis yang menbuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.Wanita sepatutnya begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi iman.

Walau ada yang kata,jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang  hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita didapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,perli pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dlm rumahtangga.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari gaji suami

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil insiatif mempelajari ilmu menjadi iman.

Ilmu video game di komputer mereka rasa lebih perlu

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri,kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidakbpandai jadi imam,belajarlah....

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan jugak..

''Sibuk suruh kita handal memasak,mereka itu bolehkah jadi imam? '' Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,selain keperluan  memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang jawab tidak confident menjadi iman sebab takut bacaan al-Fatihan tidak sempurna,salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri sendiri

Ada juga menjawab,rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi iman.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami

Lelaki juga harus boleh menjadi iman supaya kewibaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ''queen control'' 

Kalau tidak pandai,belajarlah sekarang.Jika wanita disuruh belajr, apa salah nya lelaki!!!!







No comments:

Post a Comment

Nuffnang