Pages

Monday, February 28, 2011

Bersabarlah.....Waha! hat!

......Tuhan yang beri kita rezeki,dan hanya Dia yang berkuasa mengambil semula.
Duit dalam genggaman kita,dalam akaun bank,dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita.Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya..
Andai ditakdirkan kita mati hari ini,kita kembali kepada-Nya dengan tangan kosong.tanpa wang,tanpa harta.
Semua nya milik Allah ddan Dia berhak atas segalanya.


Allah swt berfirman,


'' Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah ada di sisi-Nya,itu adalah ganjaran yang besar '' 
{ Surat Al-Anfal ; 28}


'' Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan,dan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar ''{Al-Baqarah; 2:155 }


Bila diuji,bersabarlah wahai hati..Musibah datang dalam pelbagai cara.
Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.


Bila diuji,bagaimanakah penerimaan kita terhadap musibah tersebut?
Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka,berlapang dada dan kembali muhasabah diri,memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian.......






ATAU BAGAIMANA????
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan.Sedangkan mungkin juga,ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita,supaya kembali dekat kepada-Nya,menadah tangan bermohon doa amalan kepada-Nya..


Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga


Karna Dia kasihan kita.Sekali sekala Dia mengejutkan kita dari lena yang panjang,menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.


Kerna semuanya milik Dia,Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingin sebagaimana firman-Nya :
'' Sesungguhnyanya RAB ( Tuhan ) mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia ( Allah ) kehendaki dan menyempitkannya.Sesungguhnya Dia ( Allah ) terhadap hamba-hambaNya ( Allah ) adalah al-khbar ( maha mengerti ) ,lagi al-Basir ( maha melihat ) '' { Surah Al-Israk ; 30 }


Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali dengan pelbagai cara ia ' pergi ' dari kita.Contohnya  tiba-tiba kita kehilangan wang,tercicir atau diragut.Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta,tetiba saja kereta rosak atau tayar pecah atau terlanggar pokok,semuanya perlukan wang dan secara tidak langsung,duit itu keluar daripada poket kita.


Allah swt berfirman lagi dalam surah Al-Ankabat,Ayat ke-2
'' Adakah manusia mengira ,bahawa mereka akan dibiarkan sahaja,dengan mengatakan kami telah beriman,padahal mereka belum lagi mendapat cubaan ''


Maka,bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita milik.Buka mata,musahabahlah,periksa dan koleksi diri sendiri.  


Peringataan buat diri saya sendiri adanya musahabah diri sendiri.Mungkin sesuatu yang tidak kena,sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ' menegur ' kita dengan cara tersebut.





Diriwayatkan di Anas bahawa Rasulallah bersabda ; 
'' Apa bila Allah menghendaki kebaikan dari seseorang hamba Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia,sedang apabila Allah menghendaki keburukan nanti di hari kiamat { Hadis Al- Tarmizi dan Al-hakim }

Mungkin cara kita mendapatkan rezeki,itu tidak diberkati  oleh Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah ??
Atau mungkin uga kita menyalahgunakan pinjaman Allah ( contahnya kereta ) dengan melakukan perkara-perkara yang di mungkari oleh Allah swt ???
Suatu peringatan dari-Nya,agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang di benci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya,Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha??

Firman Allah, 

'' Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin-Nya.Dan barang siapa yang beriman kepada Allah,niscaya Dia akan memberi petunjuk segala sesuatu'' { Al-Taqhabun;11 }

Bersabarlah wahai hati,sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang bersabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi ;,

''Jadikan lah sabar dan solat sebagai penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk { surah Al-Baqarah ; 45 }

''Wahai hati,bersabarlah,jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohohlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah.Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong ''

Bersabarlah wahai hati.Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu,bila ditimpa musibah,hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah '' innalillahiwainnaihirajiun''

Muhasabah buat diri ini.Semaga kita tergolong dalam golongan mereka yang bersabar............Amin......













No comments:

Post a Comment

Nuffnang